https://chat.whatsapp.com/DIe2IOcXB3bBh9xs2AuCEX

Manusia akan sesat tanpa Islam. In Shaa Allah.
Wahai kaumku! Hendaklah kamu lakukan terhadap Allah Azzawajalla seperti yg dilakukan oleh para orang soleh, supaya Dia pula melakukan terhadap kamu seperti yg Dia lakukan terhadap mereka. Jika kamu mahu Allah Ta’ala melakukan terhadap kamu seperti itu, maka hendaklah kamu berusaha melakukan ketaatan kepadaNya dan bersabar dengan semua kerja itu, kemudian redha terhadap semua yg ditakdirkan buat kamu dan buat selain kamu. Orang-orang yg soleh itu telah berzuhud kepada dunia, mereka telah mengambil nasib mereka daripada dunia itu dengan penuh taqwa dan warak, lalu mereka memohon akhirat dengan memperbanyakkan amalan kerananya. Mereka telah menolak tuntutan hawa nafsu mereka dan mentaati tuntutan Tuhan mereka. Mereka telah menasihati diri mereka terlebih dahulu, kemudian mereka menasihati pula diri orang lain.
_AL-FUTHUR-RABBANI